Saturday, November 27, 2010

Cerita cuti korang!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Hai semua pembaca dan ahli The Fabolouz Babes semua..
Amacam cuti ni? Pergi jalan ke mana? Aku? macam biasalah.. tuisyen..
Nak pergi cuti pun tak tahu bila sebab sejak kebelakangan ni ayah asyik sibuk saja.
Tak ada masa.

Oh ya! mesej yang ni khusus untuk Aisyah yang asyik tanya fasal Impiana.
Impiana seboleh mungkin akan diusahakan oleh kak AinMaisarah untuk dipos kesemua 500 pek pada hari Rabu, minggu hadapan (1 Disember 2010)

Oleh sebab dipos menggunakan perkhidmatan pos laju, ia akan sampai pada hari Khamis atau Jumaat nanti. Apapun, berdoalah Impiana akan cepat sampai!

-wassalam-

No comments:

Post a Comment